Monday 12 December 2011

OveRaLL BLoG



Ini merupakan tugasan refleksi yang keempat saya iaitu yang terakhir. Secara keseluruhannya, penghasilan blog ini banyak memberikan saya pengalaman baru dan mengujakan. Daripada tanpa sebarang pengetahuan mengenai blog, saya belajar sedikit demi sedikit dan akhirnya berjaya menyiapkan blog saya dengan lengkapnya sebelum minggu terakhir semester ini. Dr.Saadiah banyak membantu dalam menunjukkan cara-cara penghasilan blog dan juga kaedah untuk memuat naik dokumen-dokumen dan kemudiannya memasukkannya ke dalam blog. Selain daripada tunjuk ajar yang diberikan Dr. Saadiah, saya menggunakan masa dan peluang yang ada dengan belajar berkenaan fungsi blog dan juga kaedah menukar template melalui youtube. Agak menyeronokkan apabila berjaya menukar template yang sedia ada dengan template yang kita sukai, terasa satu kepuasan dan semangat semakin bertambah untuk mempelajari tentang blog dengan lebih lanjut. Pada mulanya saya mengambil masa yang lama untuk mempelajari ini semua,tetapi lama-kelamaan ianya menjadi perkara yang mudah. Semakin lama minat saya dalam penghasilan blog semakin bertambah, saya banyak menghabiskan masa untuk memastikan blog saya supaya kelihatan kemas, kreatif dan boleh memberikan input yang berguna kepada pengunjung blog saya.

Dengan penghasilan blog ini secara tidak langsung dapat berkongsi maklumat dengan orang ramai terutamanya pelajar-pelajar di sekolah berkaitan subjek sains apa yang terkandung dalam blog ini. Oleh kerana sekarang teknologi IT ini bukan perkara baru lagi dan wajib dipelajari oleh semua golongan. Selain meningkatkan tahap ilmu pengetahuan, ianya dapat mendedahkan kita kepada dunia luar dan membolehkan kita menyaingi negara-negara lain berkaitan perkembangan teknologi maklumat ini. Secara kesimpulannya, pendedahan yang saya perolehi dalam subjek “Teknologi dan Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Biologi” ini diharap dapat dipraktikkan sekarang dan juga pada masa akan datang lebih-lebih jika saya diberikan peluang untuk menjadi seorang pendidik. Peluang yang saya perolehi akan saya manfaatkan sebaik mungkin. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Dr. Saadiah kerana pendedahan tentang blog yang telah beliau tunjukkan. Begitu banyak pengalaman baru yang saya perolehi, InsyaAllah selepas ini saya dapat mengajar rakan-rakan dan saudara-mara berkaitan penghasilan blog. Sekian, terima kasih.