Monday 12 December 2011

piCaSa


Pada minggu ini kelas dibatalkan, walaubagaimanapun kami mendapat tugasan untuk memuat turun perisian picasa, dan kami dikehendaki menyiapkan satu projek sains secara individu. Projek sains ini merangkumi 10-15 slaid gambar dan berkaitan dengan apa-apa projek sains. Saya berasa bertuah kerana sejak dari tahun lepas saya menggunakan picasa untuk mengedit gambar,jadi saya menganggap tugasan ini agak mudah. Walaubagaimanapun, saya cuba untuk mempelajari benda baru yang tidak pernah saya praktikkan sebelum ini semasa menggunakan picasa. Pada mulanya saya menyangkakan tugasan berkaitan apa-apa tajuk, tetapi apabila dimaklumkan spesifik kepada projek sains, saya terpaksa mencari semula maklumat-maklumat berkaitan dengan eksperimen yang mudah di sekolah.

Selepas mencari tajuk projek sains yang sesuai, saya memilih tajuk cara-cara menyediakan slaid semasa eksperimen. Gambar animasi saya peroleh daripada cd sains tingkatan satu. Saya crop dan mengedit dengan menggunakan picasa. Saya juga mempelajari cara untuk menambah kesan pada gambar supaya nampak lebih cantik dan pelbagai. Ini adalah kali pertama saya menggunakan picasa untuk dijadikan video. Kaedahnya hampir sama dengan video maker, tetapi ada kelainan dari aspek mengedit gambar. Ianya lebih mudah dan senang diguna dan dipraktikkan. Pengajaran dan pembelajaran di sekolah boleh juga menggunakan picasa sebagai salah satu lagi kaedah bagi menambahkan variasi penyampaian yang boleh menarik minat pelajar. Penyediaan slaid secara bervideo akan menambahkan minat pelajar sewaktu di dalam kelas.

Oleh yang demikian, saya dapat simpulkan disini bahawa tugasan ini amat menarik dan menyeronokkan. Banyak pengetahuan baru yang saya dan kawan-kawan lain pelajari. Secara tidak langsung kami semua dapat menunjukkan kreativiti masing-masing dalam penyediaan video untuk kegunaan dan ditunjukkan kepada pelajar di sekolah sebagai alat bantu mengajar. Sekian, terima kasih.