Monday 12 December 2011

SMaRT BoARD


Pada 15 Oktober yang lalu, saya didedahkan dengan perkara yang baru berkaitan ‘Smart Board’. Sebelum ini saya tidak pernah mempelajarinya dan saya anggap pembelajaran pada minggu ini amat menarik dan menyeronokkan. Hanya menekan butang dan menulis di atas board, menjadikan ianya teknologi yang sangat canggih di mata saya. Walaupun kadang-kadang teknologi yang canggih amat merumitkan, tetapi apabila sentiasa diguna pakai ia akan menjadi perkara yang mudah. Bayangkan saya dan rakan-rakan yang lain pun teruja sewaktu Dr. Sadiah menunjukkan penggunaan smart board ini, apatah lagi pelajar-pelajar kini yang berada di sekolah yang lebih suka meneroka ke bidang teknologi yang lebih canggih. Bagi saya, penggunaan smart board di dalam kelas amat sesuai bagi menarik minat pelajar sewaktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Banyak pengisian berguna yang boleh dilakukan dan tidak membosankan. Animasi-animasi struktur anggota badan, penglabelan fungsi dan nama sesuatu benda dapat dikelaskan hanya mnggunakan smart board.

Penggunaan smart board di dalam kelas akan menarik minat dan menambahkan interaksi yang menyeluruh seluruh pelajar dengan guru kerana hasil penyampaian akan lebih berkesan. Pelajar juga boleh bergilir-gilir ke depan untuk menjawab soalan yang telah diberikan hanya dengan menulis di atas smart board. Walaupun smart board ini mahal, tetapi saya berpendapat ianya berbaloi untuk digunakan di sekolah seiring dengan peningkatan teknologi pada masa kini. Secara tidak langsung pelajar akan didedahkan dengan sesuatu yang baru. Yang paling penting hasil pembelajaran di dalam kelas akan lebih pelbagai dan berkesan. Guru juga dapat mempelbagaikan rentak pengajaran kerana semua maklumat berada dihujung jari. Pengajaran guru akan bertambah kreatif dengan adanya penggunaa smart board. Oleh itu guru patut terlebih dahulu didedahkan dengan penggunaan perisian smart board ini agar pengajaran sewaktu di dalam kelas akan lebih pelbagai dan menambah rasa teruja pelajar untuk sama-sama melibatkan diri dalam aktiviti semasa kelas berlangsung.

Oleh yang demikian, pembelajaran yang menggunakan smart board ini merupakan kaedah baru yang unik, kreatif dan berkesan untuk di aplikasikan di sekolah-sekolah. Seiring perkembangan teknologi maklumat, tidak salah sekiranya semua sekolah mencuba menggunakan smart board. Kerajaan patut memperuntukan belanjawan yang khas untuk memastikan semua sekolah di Malaysia dapat mengguna pakai system smart board secara berperingkat agar bidang pendidikan di Malaysia tidak jauh ketinggalan berbanding Negara-negara membangun dan maju yang lain. Sekian, terima kasih.