Monday 12 December 2011

my TeacHing Goals



Saya merupakan pelajar sepenuh masa dan mempunyai impian untuk menjadi seorang pendidik pada masa akan datang. Oleh yang demikian, jika saya diberikan peluang untuk menjadi seorang pendidik, salah satu matlamat pengajaran saya adalah untuk  menyampaikan maklumat dan ilmu pengajaran dengan baik mengikut keperluan pelajar. Ia adalah matlamat saya dan keinginan untuk membuat pelajar memahami dengan teliti dan menguasai kandungan matapelajaran seperti yang saya mahu dan saya mengharapkan pelajar saya bukan hanya belajar untuk lulus semata-mata, tetapi pengajaran yang diajar akan dijadikan sebagai ilmu pengetahuan berguna untuk diri sendiri dan akan terus diingat dan dipraktikkan sampai bila-bila.

Bidang pendidikan kini begitu mencabar kerana pelajar-pelajar kini lebih terdedah kepada sistem teknologi yang canggih. Teknologi yang semakin berkembang ini ada yang memberikan faedah yang berguna, ada juga yang memberikan keburukan untuk pelajar. Sesetengah pelajar kini senang untuk terdedah dengan gejala yang negatif. Disebabkan keterbukaan sikap masyarakat kita pada masa kini, aspek nilai murni semakin kurang dititikberatkan dan diamalkan oleh segelintir pelajar. Oleh itu, matlamat saya juga adalah untuk melahirkan pelajar yang memiliki akhlak yang baik selain beretika dan menghormati orang lain, disamping kejayaan dalam bidang akademik. Saya turut berharap dapat memberikan contoh yang terbaik untuk pelajar-pelajar.

Selain itu, matlamat pengajaran saya adalah supaya pelajar dapat menerima apa yang saya sampaikan di dalam kelas. Adalah menjadi matlamat saya untuk memastikan komunikasi antara saya dan pelajar adalah berbentuk dua hala dan mampu memberikan input yang berguna kepada pelajar itu sendiri. Saya juga berharap pelajar boleh menghormati saya sebagai pengajar tetapi dalam masa yang sama pelajar juga boleh menjadi rakan dalam berkongsi maklumat, cerita mahupun masalah. Diharap impian saya untuk bergelar pendidik akan berjaya suatu hari nanti dan saya ingin membuktikan bahawa saya mampu bergelar seorang pendidik dan saya mempunyai matlamat yang jelas dalam pengajaran untuk membimbing pelajar-pelajar pada masa akan datang untuk sama-sama mengharungi arus pendidikan kini dan akan datang yang semakin mencabar. Sekian, terima kasih.