Saturday 24 October 2020

wELcoMe to mY bLoG~~


Salam dan Selamat Sejahtera...



Haiiii, selamat datang ke blog saya iaitu 'tinta biologiku'..Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan berkat kurnia-Nya dapatlah kiranya saya menyiapkan satu blog yang ringkas tapi bermakna untuk tatapan rakan-rakan dan juga pengunjung blog yang lain. Nama saya ialah Sharifah Noor Ikrima Tuan Abd Aziz Mohamad. Walaupun nama agak panjang, tetapi boleh panggil saya Ikrima.. Saya berasal daripada Kuala Terengganu. Saya merupakan anak bongsu daripada 9 adik beradik, iaitu sebuah keluarga yang besar. Saya dilahirkan dan dibesarkan di Terengganu. Sebelum ini saya merupakan pelajar Universiti Malaysia Terengganu yang mengambil jurusan Biodiversiti dan kemudiannya saya melanjutkan pengajian peringkat sarjana. Kini saya adalah pelajar sepenuh masa dan merupakan pelajar semester kedua untuk program Sarjana Pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sebelum melanjutkan pelajaran peringkat sarjana ini, saya pernah menjadi guru sandaran tidak terlatih di Negeri Sembilan selama setahun. Dari situ saya banyak memperoleh pengalaman sebagai seorang pendidik. Sejak itu saya semakin berminat dan bercita-cita untuk menjadi pendidik. Oleh yang demikian, saya mengambil inisiatif dan peluang yang ada ini untuk menyambung pelajaran peringkat sarjana pendidikan. Saya berharap ilmu yang diperoleh disini dapat dipraktik dan digunapakai untuk masa akan datang.InsyaAllah.. Blog ini merupakan portfolio saya bagi matapelajaran 'Technology and Innovation in Teaching and Learning Biology'. Ini merupakan pengalaman pertama saya dalam menghasilkan blog. Banyak pengetahuan yang saya perolehi sepanjang penghasilan blog ini, jadi saya berharap melalui blog ini, pengunjung dapat serba sedikit info atau maklumat yang berguna untuk diri sendiri mahupun orang lain. So, enjoyyyy!!! Sekian, terima kasih..